Wawasan Kami
Gabungan Koridor Maju Tani Sdn Bhd (GKMT) telah ditubuhkan pada 15 April 2006 dan penubuhan syarikat ini adalah bertujuan memikul tanggungjawab sosial dan membantu mempertingkatkan ekonomi masyarakat tani.
MISI kami adalah membangun, memberi perkhidmatan kepakaran kepada masyarakat tani, syarikat-syarikat korporat, individu-individu yang berminat untuk menjadi peladang komersial yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
WAWASAN kami adalah menjadi peneraju pembangunan pertanian yang unggul dan cemerlang.
Fungsi Gabungan Koridor Maju Tani Sdn Bhd (GKMT) adalah seperti berikut:
- Menjadi pemangkin kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat tani.
- Merancang dan melaksanakan sesuatu pembangunan pertanian di daerah-daerah yang telah dikenal pasti oleh pihak kerajaan.
- Memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.
- Matlamat utama syarikat adalah sebagai agen perancang, agen pelaksanaan dan agen pemantau.
Bagi menjalankan fungsi syarikat dan menjayakan misi dan wawasan syarikat. Pelan korporat telah dirancang seperti berikut:
- Menjadikan GKMT sebagai sebuah institusi yang berdaya maju dalam bidang sokongan pertanian.
- Menjadikan GKMT sebagai peneraju dalam mewujudkan peladang komersial yang berdaya saing dan memberi impak yang besar kepada sektor pertanian.
- Menjadikan GKMT sebagai sebuah badan perniagaan yang berorientasikan kepada keuntungan dan memberi pulangan yang lumayan kepada masyarakat tani.
Menyediakan pelan-pelan induk pertanian untuk syarikat-syarikat korporat dan masyarakat tani. Bergiat maju kearah industri Bio Teknologi. |
Memberi cadangan bersepadu untuk Projek Pembangunan Pertanian. Pemangkin untuk sektor pertanian,pengeluaran dan penternakan. |
Memberi latihan kepada syarikat-syarikat korporat dan masyarakat tani. |